Monday, 31 October 2011

1/11/11


assalamualaikum =)

hmm hari ni 1/11/11..tarikh yang cantik dan mungkin bermakna sangat untuk aku..hmm,dari semalam dia tak putus-putus minta maaf,dia cakap dia banyak buat salah dekat aku,dia cakap juga yang dia banyak guriskan hati aku..dalam satu sms terlalu banyak perkataan maaf..so di sini,tak de apa yang perlu aku maafkan,kau tak pernah salah..anggap lah ini semua takdir kita,yang telah ditetapkan oleh Allah,kita sebagai hamba hanya mengikut apa yang telah direncanakan oleh NYA..kita ni kan seperti pelakon yang hanya ikut jalan cerita yang telah diberi..dan mungkin cerita kita adalah satu cerita yang menarik perhatian ramai jika mereka mengetahui semua yang telah berlaku..aku tak pernah simpan dendam kat kau walaupun sedikit..

pagi tadi mungkin air mata yang terakhir yang kau akan lihat,penerangan terakhir yang kau akan dengar,bebelan terakhir dan juga nasihat terakhir dari insan yang bernama shamimie fardilla zainun untuk kau..dan untuk aku pula,mungkin juga itu air mata terakhir yang aku lihat mengalir dari mata kau..tangisan yang sangat menyayat hati aku,ungkapan terakhir yang kau bisikkan di telinga aku..kesakitan kau aku dapat lihat pagi tadi,sungguh aku tak boleh tipu aku takut lihat keadaan kau..cuma aku tak mampu berbuat apa-apa cuma air mata yang mampu mengalir dan hanya perkataan sabar yang keluar dari mulut aku,dan juga yee saya tahu awak kuat!!sumpah aku sedih lihat air mata kau mengalir,tapi ni lah takdir kita..kita kena belajar terima hakikat..

aku nak kau tunaikan janji kau,aku dah ambik jari kelingking kau dan kita dah janji yang akan jaga diri masing-masing dan kau aku tak nak tau yang kau merokok balik..kalau aku tahu,aku belasah kau,aku lipat-lipat kau jadi spongebob,senang sikit sebab spongebob tak merokok..atau lebih kejam lagi aku lenyek kau macam pisang nak dijadikan cekodok pisang,sedap jugak kalau di makan..senang kau duduk dalam perut aku yang comel nie..kalau aku tau kau merempit tak tentu pasal,aku tak teragak-agak hancurkan sofiya kau,,cehh kuat ke kau mimie??boleh la setakat nak conteng sofiya cakap "sila pandu dengan selamat.ingat orang yang tersayang" kau nak ke pakai kasut supra tu lagi..aku dah tak de,dah tak boleh cuci2 luka dan bagi kau makan ubat..haiiishhh dah la,aku tak nak cakap banyak lagi,makin banyak cakap,makin hati aku ni rasa ngilu2 gitu..damia dah usya semacam tengok muka aku yang macam paris hilton menangis nie..

okay lah..jaga diri kau tu..jangan lupa makan ubat,dan sekali lagi,aku dah maafkan kau dan halalkan segala-galanya,tak pernah pun haram-haram..Allah marah..aku tak nak siku aku buruk,kantoi la..
taking care yaaa..c.t.s.m.s.n ..hari ni kau check up kan..hope semuanya okay,aku doakan kesihatan kau semakin baik tau..semangat harus kuat.kan aku penah nyanyi lagu ella dekat kau,lagu semangat2 tu.sedap kan??sebab kau siap joget2 lagi..haha..tipu je,kau duduk je sambil menghayati nyanyian dari aku,nasib kau la,dapat aku yang kuat melalak nie..kau pun sama jugak kan..
okay lahhh

daaaaa.....

No comments:

Post a Comment