assalamualaikum ;)
Hidup ini cukup indah. Penuh dengan misteri. Kata orang warna-warni.
Adakalanya kita berduka,
ada juga masanya kita gembira.
Yang penting, dalam apa jua keadaan sekalipun,
sentiasa ingat kepada syukur dan sabar.
2 rahsia kejayaan.
ye saya sgt bersabar..
1. dengan ujian Dia yg semakin hari semakin saya meningkat dewasa.
2. bersabar dengan gelagat manusia. macam2.
3. bersabar dengan cinta yg telah Kau beri.
4. bersabar dengan setiap kesusahan dalam urusan hari hari.
5. bersabar dengan karenah anak kecil yg terlalu dimanjakan.
6. bersabar untuk kawal perasaan.
7. bersabar untuk memahami perangai dan kelemahan manusia lain.
dan saya bersyukur..
1. dapat bernafas sehingga hari ini.
2. masih mempunyai mama dan ayah. walaupun berjauhan, saya tetap doakan untuk mereka.
3. diberi pinjaman yg tak ternilai dari Dia..kadangkala hanya mendatangkan pelbagai ujian dan menduga keimanan saya. jika dihitung, jauh nya utk ke Syurga Ilahi.
4. bersyukur dengan apa yg saya ada. tempat tinggal, katil yang empuk, makanan yg tak pernah putus. Kalau nk dibandingkan dengan negara2 yg ditimpa musibah, tak terhingga ucap syukur kepada Dia.
5. bersyukur dengan didikan yang sempurna diberikan oleh mama dan ayah. Boleh membaca Al-Quran, solat, puasa. Mereka membawa saya jauh dari menjadi anak2 yg berpeleseran, liar.
6. dan saya bersyukur mempunyai keluarga yang bahagia, tak pernah sekalipon timbul salah faham antara 1 sama lain. Semuanya berjalan dgn baik. Berkat doa mama dan ayah.
7. punya kawan yang sentiasa memberi semangat dan dorongan. Tak ternilai harganya.
No comments:
Post a Comment